Saturday, 13 February 2016

ZAID ISMAIL RESOURCES Atau ringkasnya ZIR ialah perniagaan perseorangan yang ditubuhkan dengan rasminya pada 03 Julai 2011 dibawah akta perniagaan 1956 (Pindaan1978).
Kami sebagai sebuah syarikat yang berkecimpung dalam bidang pengurusan hartanah dan perkhidmatan, berpengalaman dan mempunyai rekod baik di mana kami telah menyiapkan dengan jayanya setiap projek yang kami laksanakan.
Memandangkan pasaran hartanah sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan, kami telah mengkaji dan merancang beberapa projek dalam bidang berkaitan pembinaan rumah untuk dijual dengan konsep Jual dan Bina.
Berdasarkan kepada tujuan penubuhan ZIR yang kini telah bergiat dalam Bidang pengurusan hartanah dan pekhidmatan. Dengan ini dibantu oleh kakitangan dan perkerja yang mahir,berwibawa serta berpengalaman,
ZIR telah mengembeling tenaga serta buah fikiran sehingga bertapak dalam bidang pengurusan hartanah dan perkhidmatan kini mempunyai pejabat sendiri di KOTA BHARU
Hasrat dan wawasan ZAID ISMAIL RESOURCES seterusnya ialah untuk muncul sebagai sebuah perniagaan bumiputra yang berwibawa yang mana ianya akan menceburi segenap bidang didalam industri pengurusan hartanah dan perkhidmatan ini.

No comments:

Post a Comment